THANK YOU SO MUCH FOR VISITING . LOVE ME AS YOU LOVE MY WRITTING . DO ADD ME IN FACEBOOK , TWITTER AND I'M GONNA HIT YOU GUYS LATTER .

Sunday 12 August 2012

di ubah sejarah yang mengubah sejarah

Dia yang menemani - Dua tahun yang lepas kerap sangat Allah s.w.t bagi ujian terhadap diri ini , tak cukup dengan masalah yang remeh-temeh ditambah pula dengan masalah yang merunsingkan kepala , serba serbi lengkap dari masalah financial , family , assignments , life .... Alhamdulillah dialah yang memberi ku dugaan dia jugalah yang menemani setiap liku-liku perjalanan selama aku mengharungi ombak besar yang dipenuhi dengan segala dugaan yang menghanyutkan aku . Dengan nama ALLAH s.w.t insan yang kau duga ini kembali bangkit membina semula semangat baru berbekalkan hidayah mu Ya SubahanALLAH 

Kurniaan mu yang indah - Telah ku fahami bahawa kau mendugaku kerana kau tahu tahap kesabaran ku untuk mengharungi segala rintanganmu Ya Allah , hamba mu ini redha akan kesedaran yang telah engkau berikan . Terciptanya dugaan itu kepada hamba mu ini Ya ALLAH kerana inginnya engkau membalas penderitaan ku dengan kurniaan mu yang indah . Kau kurniakan ku seorang ibu yang tabah dan sentiasa menemani ku , kau kurniakan ku sebuah keluarga yang sentiasa memberi pedoman yang kukuh kepadaku , kau hadiahkan ku sahabat  yang indah untuk menceriakan hari-hari ku  dan kau kurniakan ku seorang insan  yang sanggup melindungiku sebagai seorang sahabat ku , kekasihku,  guruku , imamku , suamiku , dan ayahku . Kau ambil satu nyawa pergi dari hidupku dan kau gantikan kembali satu nyawa yang mampu mendidik dan memberi kasih sayang yang sama seperti satu nyawa yang telah engkau ambil kembali iaitu ayahndaku yang tercinta .

Allah ya Allah - akan tetapi ku percaya akan takdirmu ya Allah , segala yang aku miliki hari ini hanyalah pinjaman mu di dunia ya Allah . Kebahagiaan yang kau kurniakan untuk diriku ini dengan hak yang sahih secara perlahan kau akan menarik kembali kebahagiaan itu dariku Ya Allah .

Jika aku sebagai hambamu yang hina ini , tidak layak memiliki kurniaan mu sehingga akhir hayat ku , Ya Rahman , Ya Rahhim aku bersujud dan berdoa dengan kedua telapak tanganku ini agar kau selamatkan mereka yang ku sayangi ke syurga mu ya ALLAH .  sesungguhnya aku ini hanya hambamu yang lemah , sedangkan kau maha pendengar , kau memperdengarkanlah setiap bisikan suara hati ku yang meminta dan memohon kepadamu supaya kau kekalkan lah hubungan ku bersama orang yang aku kasihi sebagai seorang anak , seorang sahabat yang setia sebagai kekasih yang menyayangi .



 

maksudnya : 

“Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” 

p/s : Dengan ungkapan Bismillah akan ku atur ayat ku satu persatu . ku tahu kau tahu cerita yang sebenar ya Allah kerana engkaulah maha pencipta . aku tahu kau turunkan aku ujian tidak melebihi batas kemampuan ku . aku berdoa kepadaMu ya Allah, agar malam ini berpihak kepada aku. aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang, orang yang aku mahu kau izinkan menjadi suamiku. Insyallah, lembutkan hatinya untuk mendengar kebenaranku. Jika malam ini tidak berpihak kepadaku, ya Allah ya rahman ya rahhim, aku jadikan kenangan yang terindah dalam hidupku. Pasrah~


cinta hati 







No comments:

Post a Comment